Wednesday 13 July 2011

Rintihan hatiku.

Hidup ini penuh dengan tanda tanya..
Apa sebenarnya yang tertulis pada qadar kita..?
Apa yang sebenarnya Allah rancangkan utk kita..?
Apa yang kita akan tempuhi..?
Apa yang kita akan hadapi..?
Bagaimana rentak kehidupan yang kita akan lalui..?
Bahagiakah kita..?
Atau hanya menanggung derita disebabkan kesilapan yang lampau..?

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui dan Maha Mendengar..
Segala pujian adalah untuk Allah..
Siapakah kita untuk bertanya tentang perjalanan hidup ini..
Ini adalah bukti bahawa kita adalah insan yang lemah..
Tidak ada upaya menguruskan hidup ini tanpa keizinan dariNya..

Jika mahukan ketenangan dalam hidup ini..
Serahkan segala perkara yang tidak mampu kita hadapi kepada Allah..
Allah pasti akan mengaturnya dengan baik sekali..
Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..
Bergantung harap lah kepada Allah, kerana Allah itu sebaik-baik penolong bagi kita..

Ya Allah,
Kami memohon kepada Mu diberikan segala kebaikan kepada kami..
Jangan sesekali menguji kami dengan sesuatu perkara yang luar dari kemampuan kami..
Lindungilah kami dari membuat zalim pada diri sendiri..
Berikanlah petunjuk kepada kami ke jalan yang benar dan lurus..
Dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah diberikan petunjuk..
Jadikan lah kami hamba yang sentiasa mengingati dan bersyukur pada Mu..

Ya Allah,
Sesungguhnya kami adalah hambaMu yang lemah..
Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menghadapi ujian dari Mu..
Berikanlah pertolongan kepada kami ya Allah,kerana Engakau lah sebaik-baik penolong bagi kami..

Ya Allah,
Berikanlah kejayaan serta kebahagiaan kepada kami di dunia dan akhirat..
Dan kepadaMu kami berserah diri..amin..amin ya rabbal alamin..


 



p/s : kpd semua silent reader blog ni..sama-sama la kita berdoa kpd Allah semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan hidup ini..insyaallah.

No comments:

Post a Comment