Friday 29 July 2011

Salam Ramadhan..

INSYAALLAH..MINGGU DEPAN  KITA AKAN MULA BERPUASA..SEMPENA BULAN SUCI RAMADHAN NI, SAYA  INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALA KESILAPAN SELAMA KALIAN MENGENALI SAYA..MUNGKIN ADA PERTUTURAN, SENDA & GURAUAN SAYA YANG MENGGURIS HATI KALIAN SEMUA…MAAF ZAHIR & BATIN….

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN BAIK DAN LANCAR SERTA DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH S.W.T. INSYAALLAH…


Doa-doa di bulan Ramadhan.

Hari ke 1
“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa.”


Hari ke 2
“Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih”


Hari ke 3
“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”


Hari ke 4
“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan
berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”


Hari Ke 5
“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’ (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih.”


Hari Ke 6
“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh
mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”


Hari Ke 7
“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”


Hari Ke 8
“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”


Hari Ke 9
“Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.”


Hari Ke 10
“Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”


Hari Ke 11
“Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”


Hari Ke 12
“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.”


Hari Ke 13
“Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.”


Hari Ke 14
“Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”


Hari Ke 15
“Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.”


Hari Ke 16
“Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.”


Hari Ke 17
“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”


Hari Ke 18
“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”


Hari Ke 19
“Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”


Hari Ke 20
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”


Hari Ke 21
“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”


Hari Ke 22
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”


Hari Ke 23
“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”


Hari Ke 24
“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”


Hari Ke 25
“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”


Hari Ke 26
“Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”


Hari Ke 27
“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”


Hari Ke 28
“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.”


Hari Ke 29
“Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.”


Hari Ke 30
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..



Wednesday 27 July 2011

Renungan.

Rezeki Allah ada dimana-mana.

Bukti Allah Maha Adil terhadap semua ciptaanNya..

Peristiwa : tengahari tdi..wktu lunch..


Ada kwn dpt rezeki yg dia sendiri xjangka..walau dia non-muslim tapi dia ingt tu adalah rzeki yg Tuhan bagi..rse mcm nk dakwah kt dia.hehe...tapi sy pun kekurangan ilmu agama dan masih lagi dlm usaha utk mendalami ilmu tersebut..dan apa yg blh sy usahakan adalah doakan supaya Allah memberi ptunjuk kepadanya utk beriman pada tuhan yg satu iaitu Allah..insyallah.

Wednesday 20 July 2011

Cicak oh cicak..

Mati terkepit kt celah pintu tandas..eeei,xske kt hewan nie..geli nengoknye..ade kenangan klakor n ngeri ngan cicak nie..

Peristiwa : Masa sekolah,dlm bilik hostel.

Waktu malam,tengah baring-baring ngan member tgk ade cicak kt siling..cicak tu btl2 duk bertentangan ngan kami..pastu sy ade ckp ngan member kt sbelah..mmber sy mse tu ngah baca buku..nmpk x cicak tu,cmne klu ttbe cicak tu jatuh atas kita ko nk lari x?member sy jwb..jgn la ckp cmtu,kita wat xtau dah la..aku rse cicak tu xkn jtuh ats kita nie..mata sy terkebil-kebil tgk gelagat cicak tu yg nmpk  gembira semacam je..pastu kan..haha..hape dikate..dah ditakdirkan allah cicak yg gembira tadi jatuh kedebuk atas ktorang..mak aii melompat sume..slimut yg sy pegang tu abis dicmpak ke bawah..wohoho..cm nk runtuh katil double decker tu..haha.,lupe bgtau sy ngan member tu baring kt ktil tingkat atas..hehe..nk tergelak tgk member sy yg tu..cm hape tah dia mlompat..cicak tu pun xtau kemana dia menghilang..sy amik smule slimut yg dibaling tadi kibas kuat-kuat kot2 ade melekat kt slimut tu..member yg bring sbelah sy tadi langsung xnaik dah atas ktil tu utk mlm tu..hehe..yg sy xleh lupa member sy tu siap goyang-goyang kepala dia tkut cicak tu duk menyorok dlm rambut dia..hahaha..haduhai..kesian sungguh la..member tu salahkan sy,ktenye sy xsyg mlut coz ckp cmtu..hehe.


Peristiwa : rumah,kt tandas.

Kejadian ni terjadi wktu mlm gk..klu dah mnum air byk sgt tmbah lak mkn buah tembikai..ape akn jadi?hehe..haa,btl la tu..byangkan mse tu dah la xthan nk buang air yang terlebih tu..kuak pintu tandas xperasan ade hewan tu kt celah pintu tu..pastu slamber je la ttup pintu tu..dgn hayunan yang berkelajuan 30km/j utk ttup pintu tandas tu dh kira agak laju la..pastu terdengar bunyi yg pelik…kuak smule pintu tandas tu tgk..amek ko..dah terpenyek dh kt celah pintu tu..ngeri btl la nengoknye mse tu..trus terbantut nk buang air yg terlebih tadi tu..pe lagi terpekik terlolong la sorg2 kt tandas tu..panggil hero-hero yg ggah perkasa untuk buang "cicak penyek"  tu..huhu..eeei,teringt lagi cmne keadaannye tu..dari kpale smpai ke setengah ekor tu terkepit celah pintu..dh jdi cm yg slalu korg tgk tu la..geli wey..pastu ekor yg tinggal ckit tu tergedik-gedik bergerak ke kiri ke kanan..aduhai..bdn ni ttbe je menggeliat cm org mnari break dance..hehe..rse cm nk tercabut jntung ni tgk keadaan cicak tu..rse nk terbuek..rambut ni plak rse terpacak tinggi cm galah..tuhan je yg tahu cmne perasaan sy mse tu..huhu..ni sume cicak punye psal..xske sgt2 kt cicak ni..paling yg sy xblh lupa bunyi yg dihasilkan oleh cicak dan pintu tu ble berganding bahu bersama-sama..kkeepraaakkk..abis patah sume tulang yg ade dibdn cicak tu..adoi,sadis btl bnyinye..tapi bkn salah sy..maafkan sy en cicak..sy xtau kamu sembunyi kt celah pintu tu..pastu skang dh jdi kebiasaan dah sblm msuk tandas tu intai dlu ade ktdk cicak yg main sembunyi2 kt celah pintu tu klu ade amik penyapu halau cicak tu p jauh2..hehe..susah klu jmpe cicak dlm tandas ni..dia blh bantutkan proses penyahtinjaan ni..mak slalu pesan jgn tahan lama-lama nnti jadi batu kt dalam tu sapa yg susah..mreka dan kuarga mreka jgk..hehe.


Peristiwa : ofis,kt tandas lagi..

Ni cter dia laen ckit..pelik btl la..ngape la cicak ni suke sgt duk dlm tandas..jgn-jgn cicak tu dh diupah org kot utk skodeng org yg msuk tandas tu..hehe..penah tau terfikir mybe ade org jhat pasang kamera tersembunyi kt cicak tu..mula terfikir nk halau cicak tu ngan air yela dh penyapu xde dlm tandas tu..inisiatif ngan air je la..tapi kan klu cicak tu terjatuh kt lantai sy nk lari ke mana??takkan nk rempuh je pintu tandas tu..hehe..tandas tu dh la kecik je..haha..hish,ape yg kamu karutkan ni..wakaka..ok tinggal cter psal kamera tersembunyi tu..balik pada citer asal..cmni,satu hari tu sy msuk tandas cm bese la..ape-ape sume tu..ternmpk sekor cicak ni bertempek kt dinding tu sy halau gne isyarat mulut dia xlari pun..pastu sy jdi pelik knape cicak ni xmo lari..rupe2nye,cicak tu bkn sebarangan cicak tau..cicak tu skang dlm kategori ‘ibu-ibu mengandung’ tau..patut la nmpk ade wjah-wjah keibuan kt cicak tu..haha..maaf ye,sy gne ayt tu untuk menunjukkan bhwa cicak tu skang cm xtakut kt org or musuh-musuh..dia tetap akn bela ank dia xkire ape yg akn terjadi..berani kan..mse tu sy nmpak ade dua biji telur kt perut dia..nmpk putih-putih je kt perut dia tu..hehe..mse mula-mula sy tgk ibu cicak tu bdn dia kaler gelap..lame2 tu dah tkar kaler jdi kaler putih versi cicak la..dah salin kulit gamaknye.perut dia pun dh mkin besar..sy tkut klu2 cicak tu ‘bersalin’ dlm tandas tu,sy xnk tgk nnti sy pengsan..hehe..cm la cicak tu besor sgt..pndai2 la dia cari tempat nk bertelur..xkn ditunjuknye dpn awk cmne dia nk bertelur..hehe..pastu kan ade plak geng-geng cicak tu bwak mkanan utk ibu ngandung tu..bgus kan kejesama antre cicak-cicak ni..dr apa yg sy tgk kan hewan ni xpenting diri sendiri,mereka sntiase tolong mnolong antre stu sama lain..tu apa yg sy dpt lihat dari perlakuan cicak..kdang-kdang terfikir knape Allah ciptakan cicak ni ek?ade hkmahnye tersendiri kan..Allah xkn jadikan sesuatu itu sia-sia melainkan utk kita berfikir,mengambil pengajaran dan iktibar serta melihat kebesaran Allah di alam ini..wallahualam..


Sekian saja crite cicak dari sy..tapi walau mcm mne pun sy mmg geli ngan cicak ni..xblh duk lama-lama ngan cicak ni..seriau skali rasanya..huhuhu..mse duk taip citer cicak ni pun rse cm semacam je..eeei,goliden..hehe..xpasal-pasal letak gmbar cicak man ni..layan je la..hihi..






   

Tuesday 19 July 2011

ape la..

nothing to display..hehe..xde citer best la..sje gatal tangan nk menaip kt blog nie..

Friday 15 July 2011

Siti Khadijah.

Siti Khadijah Binti Khuwailid ra(Ummul Mu’minin petama)Siti Khadijah Binti Khuwailid (Ummul Mu’minin petama) dalam hayat baginda Rasulullah junjungan Nabi Muhammad s.a.w.Nama penuhnya : Siti Khadijah binti khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, dari golongan pembesar Mekah.
Tarikh lahir : Ada riwayat mengatakan beliau telah dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah. Iaitu sebelum Tahun Gajah kira-kira lima belas tahun. Tahun Gajah itu ialah tahun dimana Rasulullah s.a.w dilahirkan.Usia nabi Muhammad s.a.w ketika dia berkahwin dengan Siti Khadijah ialah 25 tahun, manakala usia Siti Khadijah pula ketika itu 40 tahun.Siti Khadijah sebagai Ummul Mu’minin pertama mempunyai keistimewaan2 tersendiri, berbeza dari sekalian isteri-isteri nabi yang lain.
Keistimewaan Siti Khadijah itu penting dan menonjol sekali.Dia adalah seorang wanita yang jelitawan, mempunyai harta kekayaan, tergolong antara orang2 yang ternama di Makkah.Keturunannya mulia, dari sebelah ayahnya berakhir kepada Qushai.Dari sebelah ibunya, yang bernama Fatimah bersambung kepada Za’idah bin Al-Asham bin Harm bin Rawahah.Siti Khadijah r.a telah hidup bersama-sama Rasulullah s.a.w. yang mulia itu selama 24 tahun.
Disepanjang masa ini, Siti Khadijah r.a tetap menjadi suri rumahtangga, dan kekal terus menjadi isteri yang satu-satunya kepada Nabi s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w tidak berkahwin lagi, melainkan setelah Siti Khadijah r.a wafat dalam usia 64 tahun dan 6 bulan. Apabila Siti Khadijah r.a wafat, Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah mengangkatnya dengan tangannya yang mulia dan meletakkannya ke dalam liang lahadnya.Siti Khadijah r.a telah melahirkan bagi nabi 6 orang anak. Padahal isterinya yang terkemudian tidak seorang pun mendapatkan anak bagi Nabi s.a.w. Siti Khadijah menanggung berbagai2 penderitaan bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam penyeruannya kepada Islam.
Dia juga telah merasakan bersama2 Rasulullah kepiluan maut ketika menghadapi kewafatan dua orang anak lelakinya, yang bernama Qasim dan Abdullah. Yang lain ialah 4 puteri iaitu:ZainabRuqaiyahUmmi kaltsumFatimah RadhiAllahu anhunna.Di dalam sejarah islam siti khadijah r.a dikira orang pertama beriman dengan seruan Nabi Muhammad s.a.w.Setelah wafatnya Siti Khadijah r.a Ummul mu’minin pertama, bermulalah peringkat baru yang lain yang dihadapi oleh rasulullah saw. Kaum Quraisy sudah tidak ada orang yang akan disegani lagi, sesudah kewafatan Abu Talib dan siti khadijah.
Maka orang-orang Makkah semakin buas menimpakan kesusahan dan penganiayaan dengan sewenang-wenangnya ke atas kaum muslimin.Nama Siti Khadijah r.a tetap hidup suci dan segar dalam ingatan Rasulullah s.a.w. baginda sentiasa menyebut2 Siti Khadijah r.a sehingga menimbulkan rasa cemburu pada Siti Aisyah r.a.Ramai pengkaji sejarah merumuskan, bahawa perkahwinan rasulullah saw. dengan seorang isteri yang berusia lebih tua dari usia baginda dan yang telah menjadi dua kali janda, mengandungi banyak hikmat yang tersembunyi, yang mana jika baginda beristeri dengan seorang wanita yang lebih muda, mungkin isteri itu tidak mampu menanggung seperti hal-hal yang ditanggung oleh Siti Khadijah Binti Khuwailid itu.
Pengalaman dan kesabaran seorang wanita yang lebih umurnya itu tentu sekali telah banyak menolong siti Khadijah r.a sebagai isteri nabi di dalam keadaan masa yang serba rumit dan penuh dengan krisis itu.Moga-moga Allah akan membalas segala kebaikannya, merahmatinya dan meridhainya.Amin. Ya Allah

Siti Hajar.

Dalam bahang terik mentari, di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim a.s. terus menunggang unta bersama Siti Hajar. Walaupun perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu. 

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Setelah lebih kurang 6 bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Nabi Ibrahim memilih salah sebuah lembah di tengah-tengah
padang pasir. Nabi Ibrahim a.s. turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar. 

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikitpun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya tentang perintah Allah SWT itu. Sepanjang perjalanan tadi lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata. 

Setelah Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim a.s. bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu : "Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?" 

Tanpa memandang wajah isterinya yang dicintainya, Nabi Ibrahim a.s. hanya mampu menganggukkan kepala. ""Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah
padang pasir yang kering kontang ini." 
"Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..." 
"Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?" 

Hati Nabi Ibrahim a.s bagai disayat-sayat. Pilu dan pedih hatinya, hanya Allah SWT yang tahu. "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah SWT." 

Bila disebut ia perintah Allah SWT, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah SWT, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ. Dia sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah SWT. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah SWT itu? 

Sewaktu gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah SWT, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelusuk dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah SWT. Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan ALlah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan... 

Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya : "Jika benar ia adalah perintah Allah SWT, tinggalkanlah kami di sini. Aku redha ditinggalkan" suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya yang berlinangan.

Ditabahkan hatinya dengan berkata : "Tentang keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah SWT. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini." 

Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta redha di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Cuma...," katanya lagi, "doakanlah agar datang pembelaan Allah SWT kepada kami." 

Nabi Ibrahim a.s sangat terharu dan bersyukur. Isterinya Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa : "Ya Tuhan kami, aku tinggalkan anak dan isteriku di
padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka dari buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu. 

Menitis airmatanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di
padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan yang padu pada janji Allah SWT, ditunaikan juga perintah Allah SWT walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar. Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim a.s terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah SWT. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah di dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang akan berlaku. 

Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim a.s, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga telah kering sama sekali. Anaknya Ismail a.s menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah
padang pasir yang kering kontang itu? Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana. Namun SIti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. Diapun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia telah berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air. 

Walaupun tubuhnya telah keletihan berlari ke
sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang telah kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah SWT, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail a.s. Waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku." 

Selepas peristiwa itu, kabilah-kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air.
Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Mekah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah SWT. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Mekah menjadi tumpuan manusia untuk berdatangan. 

Ya, Siti Hajar, seorang wanita solehah yang merupakan isteri Nabi yang paling dicintai ALlah SWT, adalah perintis kepada semua peristiwa itu, hingga Makkah sekarang menjadi tempat yang paling diberkati dan aman. 

Wednesday 13 July 2011

La tahzan.



Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

Rintihan hatiku.

Hidup ini penuh dengan tanda tanya..
Apa sebenarnya yang tertulis pada qadar kita..?
Apa yang sebenarnya Allah rancangkan utk kita..?
Apa yang kita akan tempuhi..?
Apa yang kita akan hadapi..?
Bagaimana rentak kehidupan yang kita akan lalui..?
Bahagiakah kita..?
Atau hanya menanggung derita disebabkan kesilapan yang lampau..?

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui dan Maha Mendengar..
Segala pujian adalah untuk Allah..
Siapakah kita untuk bertanya tentang perjalanan hidup ini..
Ini adalah bukti bahawa kita adalah insan yang lemah..
Tidak ada upaya menguruskan hidup ini tanpa keizinan dariNya..

Jika mahukan ketenangan dalam hidup ini..
Serahkan segala perkara yang tidak mampu kita hadapi kepada Allah..
Allah pasti akan mengaturnya dengan baik sekali..
Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..
Bergantung harap lah kepada Allah, kerana Allah itu sebaik-baik penolong bagi kita..

Ya Allah,
Kami memohon kepada Mu diberikan segala kebaikan kepada kami..
Jangan sesekali menguji kami dengan sesuatu perkara yang luar dari kemampuan kami..
Lindungilah kami dari membuat zalim pada diri sendiri..
Berikanlah petunjuk kepada kami ke jalan yang benar dan lurus..
Dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah diberikan petunjuk..
Jadikan lah kami hamba yang sentiasa mengingati dan bersyukur pada Mu..

Ya Allah,
Sesungguhnya kami adalah hambaMu yang lemah..
Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menghadapi ujian dari Mu..
Berikanlah pertolongan kepada kami ya Allah,kerana Engakau lah sebaik-baik penolong bagi kami..

Ya Allah,
Berikanlah kejayaan serta kebahagiaan kepada kami di dunia dan akhirat..
Dan kepadaMu kami berserah diri..amin..amin ya rabbal alamin..


 



p/s : kpd semua silent reader blog ni..sama-sama la kita berdoa kpd Allah semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan hidup ini..insyaallah.

Tuesday 12 July 2011

Renungan bersama.

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Monday 4 July 2011

Buhsan..bosan la.

Bile bosan xde keje nk wat..xde org nk dikacau..xde org nk cari pasal n dicari pasal..hehe..maka terhasillah sebuah karya agung ini..jeng..jeng..jenggggg..






tidur..hehe.



Hahaha..tegelak sorang-sorang wei..teruk btl la..gmbar ni bos yg tangkap..ktorang xsedar mse tu..pastu bgun-bgun tgk ade email msuk..title email tu “memang member ketat,sehati sejiwa” klik kt email tu bos ade taip..


“Tak percaya?

Tengoklah gambar……….

gaya tidur pun sama!!

Juga terdapat di Facebook   ka!ka!ka! ”


Dlm hati ni rse malu pun ade..kiki..tpi ngantok punye pasal hentam je la..sebenarnye gmbar ni bos yang tngkap tahun lepas..dan jadi kenangan manis jgk la kt ktorang sbb bkn senang tau nk hasilkn karya cmtu tau..hahaha..klu mk ayh ktorang tgk ni msti gelak guling-guling smpai ke kndang kambing kt lakang umah..hahaha..xsenonoh btl la..dh lame simpan gmbor ni..xpenah pun sy publish kt sape-sape n kt wall mne-mne tetapi hari ini dlm sejarah gmbar ni dah terpublish kt blog nie..wakaka..xterfikir plak bos pun sporting cmtu skali..haha..yang xtahannye tu pakai baju same kaler.tdung je beza..tapi dah seakan-akan dah..hehe..teruk2x..tau x..sy tido aritu mmg lena gilas..siap mimpi lagi tu,bergaduh ngan driver sbb driver beli biskut xkongsi ngan sy..hahaha..memang dahsyat la penangan dari tido nie..dah nk wat cmne..mlm2 slalu t’jge..sbb ank kambing nangis ibu dia xlayan dia..ibu kambing tu xde wajah keibuan sbb tu wat ank dia cmtu..hehehe..gurau2 je wei,jgn pecaye plak.


Xde la,sy nie mmg dari blaja dlu cmni..tengahari je mmg akn lelap sekejap..nk refresh smule bdn nie..dah setengah hari gune kan msti nk kne charge smule..baru bertenaga nk smbung wat aktiviti lagi smpai ke ptg..dh keje skang ni masih lagi t’bawa-bawa amalan tu..kdg2 pkse jgk diri ni utk bertahan tapi kdg-kdg tu xberjaya akhirnye t’lentok jgk..hehe.dlm islam pun ade anjurkan umatnye utk berehat/lelap sekejap wktu tengahari kan so xsalah klu kite amalkan jgk tido ditengahari ni tapi jgn la t’lebih..tdo la dlm 15-30minit..tu yg dianjurkan la dan xblh melebihi daripada satu jam..klu terlebih jadi lain plak..akn jdi kurang semangat,bad mood n mcm-mcm lagi..so selamat beristirehat ditengahari.. =)


Kt sni sy ade pinjam keratan artikel dari Blog rasmi ulul albab dari MRSM gemencheh mengenai tido diwaktu tengahari..

“Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan
 masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News: ‘Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,’ from eFuse)”

Friday 1 July 2011

Hati.

Kenapa ttbe rse geram??
Hati ni xbaik btl la..knape awk rse cmtu ah..awk kne ingt kte ni geram-geram kt org..org lain xgeram kt kite ke..
Ce cari ape msalah and puncanye dlu sblm nk geram-geram kt org..awk ni hati..leh wat mood sy kurang baik je..
Ok mule ngan langkah pertama..kite knal pasti masalah dlu ye..ape msalahnye..hurmm,rsenye start dari pagi td kot..ngah drive pastu jmpe org yg manners nye rendah sgt-sgt..suke-suke hati je redah cmtu je..rse cm nk langgar je bontot kete dia..ingat dia sorang je ke yg lalu atas jln tu..penunggang motor pun sme..mntang-mntang la dia ada byar roadtax suke hati la nk tunggang cmne pun..kjap-kjap duk tepi,pastu duk tengah plak pastu ketepi..tpi bkn btl2 tepi..ni klu duk cmtu mmg cnfirm kne follow ikut blakang smpai la ke tempat yang dia nk p..nk lintas kang ade plak yang tersadai kt tepi jln tu haa..geram-geram.. ok dah tau dah ape masalahnyekan..skang cube cari puncanye plak..punca,punca api ek?hehe..bkn-bkn tapi punca dtgnye masalah tu..ok,puncanye senang je..xde sikap berdisiplin ats jln,xde sikap tolak ansur,penting diri sendiri..come on bro n sis..xbest la cmtu..sbb klu kte wat cmtu mood baik org lain ttbe je hilang..masuk perasaan geram,marah..muke pun berkerut,mulut plak pungpang2x nk marah punye psal..hehe..No-no itu sume blh menyebabkan muka kite cpt berkedut ye..huhu..sapu krim putar byk-byk pun xjadi tegang jgk..sbb salah gune krim la..hehehe..org gne la krim utk menegangkan kulit..ni yg  gne krim putar watpe..hehe..so pnyelesaiannye ialah..jln kaki je la nk p keje...xpun suh org lain hntor..hehe,bior dia plak rse cmne yg kite rse..hehe..aci ketidok..?


Sooo..soley2x..hehe..hati,awk dh perpuas jntung lum..xmo la geram-geram..xbaik utk kesihatan la..sy xnk sakit hati..ble sy sakit hati,ttbe sy rse sebak n susah nk bernafas..ble rse susah nk bernafas..sy xtau nk wat cmne..sapu minyak angin ok ckit kot..tarik nafas pjg-pjg..lepas..pastu fkir yg positif sume..mybe ade sbb knape jdi cmtukan..sbb kite manusia ni akn mlakukan ssuatu sumenye bersebab..klu yg xde sbb tu mybe pmikiran org tu krg okey kot..opss,sorry..hehe.


hati ni organ yg paling istimewa diberikan oleh Allah kpd hmbaNya..drp hati la sesuatu yg baik atau buruk akn dizahirkan..dan drp hati jgk la kita dpt menilai keikhlasan seseorang..jaga lah hati kita supaya tidak ada unsur-unsur negative didlmnye..if jadi apa-apa perlu berfikiran positif..masukkan yg baik-baik dlm hati ni..tapi jgn lupa jaga la jgk hati org lain ye..biar same-same hati kita sihat..hehe..tapikan bgi sy dlm byk-byk perkara menjaga hati n perasaan org amat la susah..hehe..org lain xkan berfikir seperti yang kite fkirkan..dan kite xkan berfikir seperti org lain fikirkan..uniknye ciptaan Allah.



p/s: sy ni pun kdg-kdg terlost control jgk sbb ikutkan hati ye la dh lama duk pendam lama-lama "lahar gunung berapi" pun menyembur la..hehe..pas terluah segalenye baru rse nyesal cmpur bersalah n cpt-cpt mntak maaf..manusia xde yang sempurna..baik cm mne skali pun ketidaksempurnaannye tu tetap ade..so sesuai ngan fitrah kejadian manusia utk saling lengkap melengkapi antre satu sama lain.