Friday 27 January 2012

Segalanya tentang SIHIR - Ustazah Dato’ Dr Fatima Zahra




Ni nota yang sempat dicatatkan dari kelas Ustazah Dr Fatma El-Zahra. Beliau bercakap mengenai sihir. Sambungan dari kelas beliau sebelum ini.
Dr. Fatma amanahkan anak murid dia untuk sampaikan kepada kaum keluarga dan sahabat handai. Jadi, saya nak kongsi pengetahuan ini dengan semua.memandangkan kita semua boleh terdedah dengan perbuatan sihir ni setiap hari.

Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu. Manusia ni pergi kat tukang sihir atau lebih dikenali sbg bomoh atau pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan akan menyuruh tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.

Bagaimana kita nak tahu orang yang kita ‘minta tolong’ tu adalah tukang sihir?

1. Bomoh ni akan minta gambar, songkok, kain pelikat/kain batik, asam limau, telur, dan mungkin juga tarikh lahir.

2. Bomoh ni akan minta binatang ‘pelik’ seperti ayam hitam ke, kambing putih ke dan lain-lain.

3. Meraka membaca Quran dengan mempersendakan ayat tersebut. Laju dan tidak jelas. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/ menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.

4. Mereka itu kotor, kuku kotor, pakaian bau busuk. tidak seperti orang orang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan kamu percaya ada orang yang tahu perkara ghaib dan itu adalah haram. Sedangkan Rasulullah berkata cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, bukan pawang tersebut yang ada ilmu tu.

Bagaimana kita tahu kena sihir?

1.        Tak boleh tidur malam
2.        Suka ketawa sendiri
3.        Tak suka mandi
4.        Suka makan banyak. sebenarnya makan untuk dua jenis makhluk - sendiri + jin!!
5.        Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
6.        Boleh cakap bahasa "asing" secara tiba-tiba.

 
Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?

1.  Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib - baca kuat, bukan baca dalam hati! 


Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi ‘aliiyil ‘azhiim” 


Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.


Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati, agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Bayangkan rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?
Kadang-kadang kita terjatuh, atau  bila anak-anak kita tiba-tiba terjatuh, jangan hanya ketawa. Cepat -cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.

2. Turut perintah Allah.
Antaranya: Mandi hadas besar bila haid kering. Jangan tunggu lepas satu hari baru nak mandi hadas. kadang-kadang kita suka melengahkan mandi hadas ni. Same la jugak mandi junub. Kita dikelilingi syaitan! Jangan sediakan sarapan
 dalam keadaan junub! Bahaya!

3. Lebihkan zikir.
Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu.
Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah.Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari “Aamanarasul. …” Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan.
Note! :
 Tempat syaitan rehat ialah dilubang tandas. Jangan duduk lama di situ. Dah habis ‘bisnes’ keluar la ye.. ubah tabiat suka baca suratkhabar atau majalah dalam jamban! lagi, jangan menyanyi dalam tandas! Jin boleh menyerang kita melalui cermin. Oleh itu lindungi diri sendiri dengan membaca doa ketika menghadap cermin.

4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang . Jadi, pastikan kita tahu anak-anak kita berada bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah waktu maghrib.

5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, terutama buah tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah. Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.

6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.

7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.

8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan tu mungkin kesan dari perbuatan kita sendiri.


Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca: 


Bismillaahi (3x)
A ‘uudzu bi ‘iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru

Ertinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaan Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya khuatirkan.

2. Bacalah ayat di atas 7 kali.

3. Kemudian baca doa:



  ”Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa-aillaa syifaa uka. Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa”

Ertinya: Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan mel ain kan kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi.

Merawat Orang yang Kena Sihir

1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin takut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling . ianya sebagai simbol untuk menghancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun bidara ini, baca :

                   1.  Ayatul Kursi
                   2. Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..)
                   3. Qul ~ Ahad
                   4. Qul ~ Falaq
                   5. Qul ~ Naas
                   6. Surah Yunus ayat 81
                   7. Surah A’Raf ayat 120-121



Daun bidara yang siap digiling tadi dicampurkan dengan air.. dan diberi minum tiga kali tegukan kepada orang yang terkena sihir kemudian baki airnya itu dibuat mandi.. insyaallah akan hilang sihirnya. 


p/s : sama-sama kita berkongsi ilmu dengan saudara seagama kita, moga ianya berguna..insyaallah..terima kasih kepada sahabat yang telah berkongsi dan memberi ilmu ini kepada saya..moga Allah membalasnya dengan kebaikkan..amin.

Thursday 12 January 2012

Moga ceria selalu.



Pagi yang indah..cuaca nyaman je..angin sepoi-sepoi bahasa meniup walaupun cuaca mendung sedikit..lokasi pejabat pula berhampiran dengan pantai, kawasan pelabuhan la katakan..mood pun terasa bahagia..dalam hati berdoa semoga Allah memanjangkan mood yang baik ini hingga ke malam. Tapi itu semua mungkin takkan tercapai kerana ujian semasa berkerja amatlah kuat..ada saja masalah yang datang melanda. Perlukan kekuatan mental untuk menyelesaikannya..perlu pandai untuk memotivasikan hati dan diri ini supaya tidak terlalu mengikut perasaan yang tidak baik.. perlu bekerja keras untuk melawannya..ya,kena la lawan kalau kita nk terus ceria dan gembira semasa laksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab..moga Allah permudahkan segala pekerjaan kita hari ini..amin..insyaallah. =D

Wednesday 11 January 2012

Keikhlasan.

Setiap pertolongan yang diberikan perlu ikhlas untuk mendapat keredhaan dan berkat dari Allah.. janganlah sesekali kita mengungkit selepas memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Semoga Allah memberi ganjaran pahala di atas setiap pertolongan kita ini..insyaallah.





Tuesday 3 January 2012

Cinta dan Pengorbanan.




Anis seorang guru sekolah rendah agama di Perlis. Mempunyai wajah yang cantik dan perwatakan yang disenangi oleh rakan-rakan seperjuangan dengannya. Pada suatu hari Anis telah menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan jejaka pilihan hati kepada kedua orang tuanya. Anis dan Imran telah berkenalan semasa sama-sama belajar di universiti,perhubungan meraka masih lagi terjalin sehinggalah masing-masing telah bekerja..Imran seorang yang perwatakannya yang bersahaja dan tidak hipokrit,bertanggungjawab, penyayang dan seorang yang pegetahuan ilmu agamanya hanya biasa saja. Bekerja sebagai jurutera.. Anis amat senang dengan sikap Imran.

Selepas Anis menyuarakan hasratnya itu, ibu bapanya menjemput Imran datang kerumah untuk berbincang lebih lanjut tentang perkara tersebut..ternyata sekali ibu bapa Anis tidak bersetuju untuk menjodohkan Anis dengan pilihannya.. Anis dan Imran berasa amat kecewa dengan keputusan itu.. dengan berat hati Imran bertanya kepada ibu bapa Anis,kenapa meraka  menolak lamarannya itu sedangkan Imran berkemampuan untuk menjaga Anis.. jawapan yang diberikan oleh ibu bapa Anis amat mengecewakan hati Imran. .ibu bapa Anis ingin jodohkan Anis dengan seorang ustaz yang mengajar di sekolah tempat Anis mengajar.. Imran tidak cukup ilmu agama dan dirasakan tidak dapat membimbing Anis dengan baik.. ibu bapanya ingin menggantikan Imran dengan seorang ustaz yang dirasakan dapat membimbing Anis dan memberi kebahagiaan kepadanya.

Pada malam itu Imran menelefon Anis dan menasihati Anis supaya menerima sahaja keputusan dari ibu bapanya.. Anis tidak dapat menahan kesedihan, air matanya pantas mengalir membasahi pipinya.. Dia hanya membisu mendengar nasihat dari Imran dan dia sendiri tahu bahawa mulut dan hati Imran cukup berat sebenarnya untuk meyuarakan pendapatnya itu..dan Anis tahu Imran sedang menahan kesedihan yang bersarang didalam hati kekasih yang amat disayangi itu..setelah lama perbualan mereka untuk kali pertamanya air mata Imran jatuh ke pipinya kerana tidak dapat menahan kesedihan..dan pada malam itu jugalah berpisahlah Imran dan Anis kerana akur pada keputusan ibu bapa Anis.

Anis menjalani kehidupannya dengan biasa,Anis masih lagi mampu tersenyum tetapi didalam hatinya tiada siapa yang tahu kecuali Allah tuhan sekalian alam. Dalam beberapa hari lagi dia akan dinikahkan dengan ustaz pilihan keluarganya..dengan hati yang redha dia menerimanya. Selang beberapa bulan selepas Anis berkahwin dia disahkan mengandung dan bermula la kehidupan Anis sebagai seorang bakal ibu..dijaganya dengan cermat sekali kandungan itu supaya tidak keguguran..setelah cukup 9 bulan bayi Anis telah selamat dilahirkan.

Menjalani kehidupan sebagai ibu amatlah membahagiakan hati Anis,melayan kerenah anaknya itu membuatkan dirinya lupa pada tekanan kerja yang dihadapinya. Pada suatu malam Anis menerima mesej dari nombor yang tidak dikenalinya dan dia hanya membiarkan saja mesej tersebut tanpa membalasnya.Pada keesokan harinya telefon bimbitnya berbunyi Anis menjawab panggilan tersebut dengan hati yang berdebar-debar kerana nombor itu muncul kembali..”helo.assalamualaikum..anis sihat?macam mana kehidupan sekarang?.. Anis terpaku mendengar suara itu..suara yang amat dia kenali,suara itu begitu banyak menyimpan kenangan..secara spontan nama Imran terpancul dari mulut Anis.. Anis pun menjawab pertanyaan dari Imran dan perbualan mereka hanya sekejap sahaja.

Pada malam tersebut Anis berbual-bual dengan suaminya, didalam hatinya berkira-kira untuk menceritakan atau tidak tentang perbualannya dengan Imran pada siang hari tadi. Setelah berfikir dan berkira Anis mengambil keputusan untuk menceritakan saja apa yang berlaku pada siang hari tadi kepada suaminya agar suaminya itu tahu akan perkara tersebut. Anis tidak ingin merahsiakannya dari suaminya kerana dia tahu berdosa jika menyimpan rahsia yang sepatutnya suaminya tahu dan ingin mengelakkan dari timbulnya fitnah. Setelah mendengar cerita dari Anis tentang Imran tanpa usul dan  periksa dengan mudahnya suaminya itu melafazkan cerai kepada Anis..hancurnya hati Anis kerana suaminya terlalu mudah membuat keputusan tanpa berfikir panjang..dan pada malam itu juga suaminya menghantar Anis pulang kerumah orang tuanya. Ibu bapa Anis terkejut mendengar penjelasan daripadanya. Selang beberapa bulan selepas panceraian mereka, bekas suami Anis telah berkahwin dengan wanita pilihannya, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak.

Ibu bapa Anis tidak dapat menerima kenyataan tersebut dan menyalahkan Anis kerana tidak pandai menjaga suami dan rumahtangga. Anis berasa amat sedih dan kecewa kerana ustaz itu adalah pilihan ibu bapanya sendiri dan kenapa ingin menyalahkan Anis. Hanya kepada Allah tempat Anis mengadu nasibnya. Dia mengorbankan cintanya semata-mata untuk memenuhi kehendak orang tuanya dan mula belajar untuk mencintai suaminya tetapi datang dugaan sebegitu nyata sekali bekas suaminya itu tidak dapat menerima sejarah lama Anis.

p/s : Ini adalah kisah yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita sekarang, pada pandangan saya ibu bapa sepatutnya memberi ruang kepada anak-anak mereka untuk menentukan kehidupan mereka sendiri asalkan tidak bertentangan dengan syariat agama islam sama la juga dalam hal perkahwinan itu sendiri kerana yang pertama, mereka itu sendiri yang akan berkahwin dengan pasangannya dan mereka sendiri yang akan merasai bagaimana kehidupan mereka nanti. Kedua, supaya tidak berlaku penyesalan di kemudian harinya dan anak-anak itu tidak akan menyalahkan ibu bapa kerana itu adalah pilihan anak-anaknya sendiri.

Sememangnya kita tahu bahawa semua ibu bapa didunia ini mahukan yang terbaik buat anak-anak tetapi tidak salah rasanya jika ibu bapa menghormati keputusan anak-anak tersebut dan saya rasakan jika ibu bapa tersebut berbuat yang demikian mereka akan lebih dihormati oleh anak-anak mereka nanti..dan jika anak-anak sedang berhadapan dengan perkara sulit banyakkan nasihat dan memberi dorongan supaya perkara sulit itu dapat diselesaikan dengan baik..dan bukan makin menambahkan tekanan kepada anak-anak tersebut.. semoga Allah sentiasa melindungi diri kita dari bisikan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan umat islam..amin..wallahualam.