Tuesday 3 January 2012

Cinta dan Pengorbanan.




Anis seorang guru sekolah rendah agama di Perlis. Mempunyai wajah yang cantik dan perwatakan yang disenangi oleh rakan-rakan seperjuangan dengannya. Pada suatu hari Anis telah menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan jejaka pilihan hati kepada kedua orang tuanya. Anis dan Imran telah berkenalan semasa sama-sama belajar di universiti,perhubungan meraka masih lagi terjalin sehinggalah masing-masing telah bekerja..Imran seorang yang perwatakannya yang bersahaja dan tidak hipokrit,bertanggungjawab, penyayang dan seorang yang pegetahuan ilmu agamanya hanya biasa saja. Bekerja sebagai jurutera.. Anis amat senang dengan sikap Imran.

Selepas Anis menyuarakan hasratnya itu, ibu bapanya menjemput Imran datang kerumah untuk berbincang lebih lanjut tentang perkara tersebut..ternyata sekali ibu bapa Anis tidak bersetuju untuk menjodohkan Anis dengan pilihannya.. Anis dan Imran berasa amat kecewa dengan keputusan itu.. dengan berat hati Imran bertanya kepada ibu bapa Anis,kenapa meraka  menolak lamarannya itu sedangkan Imran berkemampuan untuk menjaga Anis.. jawapan yang diberikan oleh ibu bapa Anis amat mengecewakan hati Imran. .ibu bapa Anis ingin jodohkan Anis dengan seorang ustaz yang mengajar di sekolah tempat Anis mengajar.. Imran tidak cukup ilmu agama dan dirasakan tidak dapat membimbing Anis dengan baik.. ibu bapanya ingin menggantikan Imran dengan seorang ustaz yang dirasakan dapat membimbing Anis dan memberi kebahagiaan kepadanya.

Pada malam itu Imran menelefon Anis dan menasihati Anis supaya menerima sahaja keputusan dari ibu bapanya.. Anis tidak dapat menahan kesedihan, air matanya pantas mengalir membasahi pipinya.. Dia hanya membisu mendengar nasihat dari Imran dan dia sendiri tahu bahawa mulut dan hati Imran cukup berat sebenarnya untuk meyuarakan pendapatnya itu..dan Anis tahu Imran sedang menahan kesedihan yang bersarang didalam hati kekasih yang amat disayangi itu..setelah lama perbualan mereka untuk kali pertamanya air mata Imran jatuh ke pipinya kerana tidak dapat menahan kesedihan..dan pada malam itu jugalah berpisahlah Imran dan Anis kerana akur pada keputusan ibu bapa Anis.

Anis menjalani kehidupannya dengan biasa,Anis masih lagi mampu tersenyum tetapi didalam hatinya tiada siapa yang tahu kecuali Allah tuhan sekalian alam. Dalam beberapa hari lagi dia akan dinikahkan dengan ustaz pilihan keluarganya..dengan hati yang redha dia menerimanya. Selang beberapa bulan selepas Anis berkahwin dia disahkan mengandung dan bermula la kehidupan Anis sebagai seorang bakal ibu..dijaganya dengan cermat sekali kandungan itu supaya tidak keguguran..setelah cukup 9 bulan bayi Anis telah selamat dilahirkan.

Menjalani kehidupan sebagai ibu amatlah membahagiakan hati Anis,melayan kerenah anaknya itu membuatkan dirinya lupa pada tekanan kerja yang dihadapinya. Pada suatu malam Anis menerima mesej dari nombor yang tidak dikenalinya dan dia hanya membiarkan saja mesej tersebut tanpa membalasnya.Pada keesokan harinya telefon bimbitnya berbunyi Anis menjawab panggilan tersebut dengan hati yang berdebar-debar kerana nombor itu muncul kembali..”helo.assalamualaikum..anis sihat?macam mana kehidupan sekarang?.. Anis terpaku mendengar suara itu..suara yang amat dia kenali,suara itu begitu banyak menyimpan kenangan..secara spontan nama Imran terpancul dari mulut Anis.. Anis pun menjawab pertanyaan dari Imran dan perbualan mereka hanya sekejap sahaja.

Pada malam tersebut Anis berbual-bual dengan suaminya, didalam hatinya berkira-kira untuk menceritakan atau tidak tentang perbualannya dengan Imran pada siang hari tadi. Setelah berfikir dan berkira Anis mengambil keputusan untuk menceritakan saja apa yang berlaku pada siang hari tadi kepada suaminya agar suaminya itu tahu akan perkara tersebut. Anis tidak ingin merahsiakannya dari suaminya kerana dia tahu berdosa jika menyimpan rahsia yang sepatutnya suaminya tahu dan ingin mengelakkan dari timbulnya fitnah. Setelah mendengar cerita dari Anis tentang Imran tanpa usul dan  periksa dengan mudahnya suaminya itu melafazkan cerai kepada Anis..hancurnya hati Anis kerana suaminya terlalu mudah membuat keputusan tanpa berfikir panjang..dan pada malam itu juga suaminya menghantar Anis pulang kerumah orang tuanya. Ibu bapa Anis terkejut mendengar penjelasan daripadanya. Selang beberapa bulan selepas panceraian mereka, bekas suami Anis telah berkahwin dengan wanita pilihannya, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak.

Ibu bapa Anis tidak dapat menerima kenyataan tersebut dan menyalahkan Anis kerana tidak pandai menjaga suami dan rumahtangga. Anis berasa amat sedih dan kecewa kerana ustaz itu adalah pilihan ibu bapanya sendiri dan kenapa ingin menyalahkan Anis. Hanya kepada Allah tempat Anis mengadu nasibnya. Dia mengorbankan cintanya semata-mata untuk memenuhi kehendak orang tuanya dan mula belajar untuk mencintai suaminya tetapi datang dugaan sebegitu nyata sekali bekas suaminya itu tidak dapat menerima sejarah lama Anis.

p/s : Ini adalah kisah yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita sekarang, pada pandangan saya ibu bapa sepatutnya memberi ruang kepada anak-anak mereka untuk menentukan kehidupan mereka sendiri asalkan tidak bertentangan dengan syariat agama islam sama la juga dalam hal perkahwinan itu sendiri kerana yang pertama, mereka itu sendiri yang akan berkahwin dengan pasangannya dan mereka sendiri yang akan merasai bagaimana kehidupan mereka nanti. Kedua, supaya tidak berlaku penyesalan di kemudian harinya dan anak-anak itu tidak akan menyalahkan ibu bapa kerana itu adalah pilihan anak-anaknya sendiri.

Sememangnya kita tahu bahawa semua ibu bapa didunia ini mahukan yang terbaik buat anak-anak tetapi tidak salah rasanya jika ibu bapa menghormati keputusan anak-anak tersebut dan saya rasakan jika ibu bapa tersebut berbuat yang demikian mereka akan lebih dihormati oleh anak-anak mereka nanti..dan jika anak-anak sedang berhadapan dengan perkara sulit banyakkan nasihat dan memberi dorongan supaya perkara sulit itu dapat diselesaikan dengan baik..dan bukan makin menambahkan tekanan kepada anak-anak tersebut.. semoga Allah sentiasa melindungi diri kita dari bisikan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan umat islam..amin..wallahualam.

No comments:

Post a Comment