Thursday 15 March 2012

Tujuan hidup.

Apakah tujuan Allah menghidupkan kita didunia ini??        
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Dan akhir sekali kita pergi menemui Allah, tuhan sekalian alam.
Apakah bekalan yang kita bawa itu mencukupi untuk melayakkan diri menuju ke syurga Allah??
Atau mungkinkah kita langsung tidak dipandang oleh Allah dan terus dihantar ke neraka..
Muhasabah diri.. tanya diri kita sendiri apakah tujuan kita hidup didunia ini..
Tentunya tidak lain tidak bukan tujuannya adalah untuk beribadat kepada Allah.. Menyembah Allah yang satu.
Tolong-menolong antara satu sama lain untuk sama-sama mendapat redha dari Allah.

Tetapi kita sering lupa tentang tujuan kita dihidupkan didunia ini.. kita lupa bahawa kehidupan kita ini adalah satu nikmat yang indah tidak ternilai harganya yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya.. tetapi kenapa kita mudah lupa kepada Nya..
Kita ingkar pada perintahNya, kita amat payah menadah tangan sebagai tanda bersyukur padaNya, terlalu berat kepala ini untuk tunduk menyembah tuhan sekalian alam.. kenapa? Tanyalah kepada iman dan hati kerana disitulah terletaknya jawapan.




Monday 12 March 2012

Fikirku.

HIDAYAH Allah terlalu mahal untuk dinilai..
Ia diibaratkan seperti CAHAYA yang menerangi KEGELAPAN,
Ia akan menyapa kepada HATI yang benar-benar IKHLAS mencari redha ILAHI,
Jadi sentiasalah membuka HATI kita agar beroleh HIDAYAH dari ALLAH..





picture : from google

Wednesday 7 March 2012

Kita adalah hamba Allah.

Bersabar atas ujian tanda kita punyai iman..
Lihatlah sesuatu ujian yang berlaku itu dengan fikiran positif dan redha atas apa yang berlaku..
Ingatlah pada ayat Allah, tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana Allah tidak menurunkan ujian ke atas hamba-hambaNYA..

Ujian yang diberikan ini adalah untuk mendidik hati dan iman kita supaya menjadi orang yang sabar, bersyukur dengan nikmat Allah dan ia adalah salah satu jalan untuk kita menuju ke syurga.. 
insyaallah..


                                                 Picture : kredit to ILUVISLAM

Thursday 1 March 2012

Tentang kehidupan.

Carilah tapak yang baik dan bahan binaan yang berkualiti sebelum membina sesebuah masjid.. kerana tapak dan bahan binaan itulah yang akan menentukan samada masjid yang akan dibina itu kukuh atau sebaliknya.. kerana kita tidak tahu jenis bagaimanakah cuaca yang akan kita tempuhi..samada ribut, taufan atau badai tsunami yang amat dahsyat yang bisa membuatkan hati sentiasa runsing dan sedih dengan dugaan tersebut..

Ingin cari dimana ye tapak yang baik tu?? Carilah ia didalam hati,selami hati itu adakah ia diisi penuh dengan keimanan atau sebaliknya.. nk cari kat mana pulak bahan binaan yang berkualiti? Carilah ia pada peribadi seseorang muslimin/muslimah.. insyaallah.. jika hati kita bersih maka segalanya itu akan terserlah.

Sesebuah masjid yang dibina berdasarkan ciri yang dua itu tadi pasti akan bertahan lama hingga ke akhirnya. Walau badai yang melanda sekuat mana pun ia tetap tidak akan goyah, tidak mudah roboh bagi orang yang ingin merobohkannya.. sentiasalah memohon keselamatan dan kesejahteraan kepada Allah s.w.t.

Jika tapak dan bahan binaan yang kita pilih itu tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan maka bersabarlah kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik pemilihan tersebut.. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia pasti ada fungsi dan tugasnya sendiri. Dan tugas kita sekarang adalah sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik secara tidak langsung ia dapat merubah struktur binaan yang tidak baik itu menjadi lebih baik dan cantik..insyaallah.. wallahualam..