Thursday 1 March 2012

Tentang kehidupan.

Carilah tapak yang baik dan bahan binaan yang berkualiti sebelum membina sesebuah masjid.. kerana tapak dan bahan binaan itulah yang akan menentukan samada masjid yang akan dibina itu kukuh atau sebaliknya.. kerana kita tidak tahu jenis bagaimanakah cuaca yang akan kita tempuhi..samada ribut, taufan atau badai tsunami yang amat dahsyat yang bisa membuatkan hati sentiasa runsing dan sedih dengan dugaan tersebut..

Ingin cari dimana ye tapak yang baik tu?? Carilah ia didalam hati,selami hati itu adakah ia diisi penuh dengan keimanan atau sebaliknya.. nk cari kat mana pulak bahan binaan yang berkualiti? Carilah ia pada peribadi seseorang muslimin/muslimah.. insyaallah.. jika hati kita bersih maka segalanya itu akan terserlah.

Sesebuah masjid yang dibina berdasarkan ciri yang dua itu tadi pasti akan bertahan lama hingga ke akhirnya. Walau badai yang melanda sekuat mana pun ia tetap tidak akan goyah, tidak mudah roboh bagi orang yang ingin merobohkannya.. sentiasalah memohon keselamatan dan kesejahteraan kepada Allah s.w.t.

Jika tapak dan bahan binaan yang kita pilih itu tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan maka bersabarlah kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik pemilihan tersebut.. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia pasti ada fungsi dan tugasnya sendiri. Dan tugas kita sekarang adalah sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik secara tidak langsung ia dapat merubah struktur binaan yang tidak baik itu menjadi lebih baik dan cantik..insyaallah.. wallahualam..



No comments:

Post a Comment