Thursday 26 July 2012

Gelagat bulan Ramadhan.


Bendul : ko makan ape tdi?aku makan nasi lauk ayam goreng,sambal belacan dengan sayur goreng.
Tiang : aku makan nasi goreng je, bini aku masakkan pagi tadi wat bekal untuk makan sampai tengahari kang.
Bendul : sportingnyeee..bagus la bini ko tu..bini aku xde kat sini jadi aku kene beli je la..untung la org yang meniaga tu sebungkus nasi dia jual $5.00. Aku tanya dia tadi wat bpe bungkus..dia ckp wat dlm 20 bungkus..kira la sndiri brapa banyak yang dia dapat.
Tiang : waa.untung tu..(biji mata bertukar jadi symbol $$$)
Bendul : tiang,aku cadangkan ko suruh je la bini ko tu masak byk-byk pastu jual kt geng-geng kita..slain tu blh tmbah pendapatan ko sekuarga..kan dah nk raya ni.


Aduhai..sedihnye melihat manusia akhir zaman ni..dialog di atas bukan rekaan semata-mata..tetapi ini adalah reality yang berlaku..bulan ramadhan tidak lagi di hormati..tanpa rasa segan dan malu makan dan berbual tentang lauk pauk yang dimakannye didepan orang awam..peniaga pula mengambil kesempatan untuk menjual makanan kepada “HANTU RAMADHAN” ni..sy rasa tak bersalah untuk gelarkan mereka seperti ini..sebab ape,sebabnya mereka ni semua bertukar menjadi hantu apabila tiba bulan Ramadhan..hasut-menghasut antara satu sama lain..ajak untuk join dorang skali.setahun hanya sebulan kita berpuasa..kenapa susah sangat ke nk berpuasa?sedarlah wahai saudara-saudaraku sekalian kita bukan lagi anak-anak kecil yang baru nak belajar berpuasa..malulah sikit tuan-tuan..terus terang kami sebagai kaum hawa meluat melihat kaum adam yang tidak berpuasa tu secara tak langsung terus hilang rasa hormat kami walaupun orang tu umurnya sebaya dengan pak cik atau ayah kami..kami sendiri walaupun sebulan puasa tidak penuh tapi kami tetap menghormati orang-orang yang berpuasa..sedar-sedar la wahai saudaraku sekalian, kita hidup ni bukan menongkat langit..apabila sampai waktunya nama kita akan dipanggil untuk menemui-NYA..DIA yang menghidupkan kita untuk beribadat kepadaNYA dan bukan untuk melupakanNYA..



kita hanya diuji selama satu bulan sahaja..tetapi kanak-kanak ini berapa lamakah mereka diuji?