Wednesday 25 April 2012

Teman hidup dunia dan akhirat.

Hadis yang Menarik  untuk dikongsi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'










Friday 20 April 2012

Kematian.




Kematian itu pasti bagi setiap yang bernyawa.. tidak kira samada muda atau tua, kanak-kanak atau dewasa, perempuan atau lelaki. Apabila sampai waktunya pasti kita akan kembali kepada Allah, tuhan yang mencipta kita. Sentiasalah bersedia untuk menghadapi kematian kerana Allah akan menghantar malaikatnya untuk mengambil nyawa ini bila-bila masa dan mengikut perjanjian yang telah dibuat sebelum kita dihidupkan.

Tapi adakah kita benar-benar bersedia untuk menghadapi sebuah kematian? Kelak kita bersendirian didalam kuburan teman yang bagaimanakah yang akan menemani kita? Adakah kala jengking yang besar datang dari neraka untuk menyeksa kita,adakah ular yang besar berkepala tujuh yang akan menemani diri kita? Kuburan yang gelap-gelita tiada sesiapa yang menemani kita..dimana suami/isteri kita? Dimana anak-anak kita? Dimana ibu bapa kita? Dimana saudara dan sahabat-sahabat kita? Tiada..Kita sendirian yang menghadapinya..disiksa dengan penuh azab, adakah kita sanggup menghadapinya? didalamnya terdapat rahsia-rahsia yang Allah rahsiakan..Hanya amalan yang soleh dapat menjamin kesejahteraan hidup di alam barzakh kita nanti.

Bagi yang mendapat teman yang baik di sana maka beruntung la mereka..ditidurkan oleh Allah sehingga tibanya hari perbicaraan dalam mahkamah di padang mahsyar..itu adalah janji Allah.. setiap yang mati akan dihidupkan semula untuk dibicarakan tentang amal dan perbuatan kita semasa hidup di dunia dan ia akan menentukan nasib kita samada di masukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan atau neraka yang penuh azab.. nauzubillah.dalam tidurnya itu dihidangkan dengan mimpi-mimpi yang indah,perkhabaran gembira untuk mereka yang melakukan amalan yang soleh serta taat dengan setiap apa yang Allah perintahkan..mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan ini..insyaallah.

Sabda Rasulullah saw :

Apabila mati seseorang anak adam itu, maka akan terhenti segala amalnya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh.




Wednesday 4 April 2012

Kasih sayang seorang ibu.



“ Mak mntak maaf ye sebab susahkan anak-anak mak.. kesian mak tengok anak-anak mak yang bekerja tapi takde seutas gelang, rantai atau sebentuk cincin emas pun kat badan anak-anak mak.. mak mntak maaf ye sebab bebankan anak-anak mak dengan kehidupan yang susah ni..” saya melihat dimata mak bergenang airmata.. tersentuh hati ni bila mendengar keluhan dari mak. Sesungguhnya, kami tidak mengharapkan itu semua mak, kami hanya berharap redha dan berkat dari Allah atas rezeki yang kami dapat.. kami ikhlas menolong mak ayah dan keluarga kita. Biarlah Allah yang membalasnya, sebab rezeki yang kita dapat ini adalah dari Allah. Kami cuma harapkan mak dan ayah mendoakan kejayaan dan kebahagiaan untuk kami baik didunia mahupun diakhirat nanti.. restuilah kehidupan kami semua, kami tidak ingin kehilangan restu dan doa dari mak dan ayah. Tanpa mak dan ayah siapalah kami. Sekarang, tiba masa untuk kami membalas semua jasa mak dan ayah yang telah membesarkan kami selama ini.. “ mak..k.ngah nak bagi mak kemewahan macam anak orang lain k.ngah tak mampu lagi, terima la pemberian k.ngah yang seberapa ini ye, jika nak dibandingkan dengan segala pengorbanan yang mak dan ayah berikan pada k.ngah selama ini memang tak terbalas.. mak banyak berkorban untuk besarkan k.ngah adik-beradik.. k.ngah terhutang budi kat mak dan ayah.. k.ngah sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk mak dan ayah.. maafkan k.ngah kalau ada buat mak dan ayah bersedih kerana perangai k.ngah ni ye.. k.ngah sayang mak dan ayah sangat-sangat.. restu dan redhailah kehidupan k.ngah adik-beradik. 

Ya Allah..
ampunkan segala dosa kedua ibu bapaku..
sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi ku..
rahmatilah kehidupan mereka.. sejahterakan kehidupan mereka didunia dan akhirat..
amin..

sesungguhnya hamba Mu ini bersyukur dikurniakan ibu bapa seperti mereka..
terima kasih ya Allah dengan rahmat dan kasih sayang Mu ini dapat juga hamba Mu ini berbakti kepada kedua orang tuaku ini..