Hadis yang Menarik untuk dikongsi.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,
berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya
dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas
pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang
dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal
lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.
Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku
takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk
menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati
dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya
yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya,
kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang
perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak
akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya
daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda
:'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya
daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
No comments:
Post a Comment