Friday 20 April 2012

Kematian.




Kematian itu pasti bagi setiap yang bernyawa.. tidak kira samada muda atau tua, kanak-kanak atau dewasa, perempuan atau lelaki. Apabila sampai waktunya pasti kita akan kembali kepada Allah, tuhan yang mencipta kita. Sentiasalah bersedia untuk menghadapi kematian kerana Allah akan menghantar malaikatnya untuk mengambil nyawa ini bila-bila masa dan mengikut perjanjian yang telah dibuat sebelum kita dihidupkan.

Tapi adakah kita benar-benar bersedia untuk menghadapi sebuah kematian? Kelak kita bersendirian didalam kuburan teman yang bagaimanakah yang akan menemani kita? Adakah kala jengking yang besar datang dari neraka untuk menyeksa kita,adakah ular yang besar berkepala tujuh yang akan menemani diri kita? Kuburan yang gelap-gelita tiada sesiapa yang menemani kita..dimana suami/isteri kita? Dimana anak-anak kita? Dimana ibu bapa kita? Dimana saudara dan sahabat-sahabat kita? Tiada..Kita sendirian yang menghadapinya..disiksa dengan penuh azab, adakah kita sanggup menghadapinya? didalamnya terdapat rahsia-rahsia yang Allah rahsiakan..Hanya amalan yang soleh dapat menjamin kesejahteraan hidup di alam barzakh kita nanti.

Bagi yang mendapat teman yang baik di sana maka beruntung la mereka..ditidurkan oleh Allah sehingga tibanya hari perbicaraan dalam mahkamah di padang mahsyar..itu adalah janji Allah.. setiap yang mati akan dihidupkan semula untuk dibicarakan tentang amal dan perbuatan kita semasa hidup di dunia dan ia akan menentukan nasib kita samada di masukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan atau neraka yang penuh azab.. nauzubillah.dalam tidurnya itu dihidangkan dengan mimpi-mimpi yang indah,perkhabaran gembira untuk mereka yang melakukan amalan yang soleh serta taat dengan setiap apa yang Allah perintahkan..mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan ini..insyaallah.

Sabda Rasulullah saw :

Apabila mati seseorang anak adam itu, maka akan terhenti segala amalnya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh.




No comments:

Post a Comment