Thursday 15 March 2012

Tujuan hidup.

Apakah tujuan Allah menghidupkan kita didunia ini??        
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Dan akhir sekali kita pergi menemui Allah, tuhan sekalian alam.
Apakah bekalan yang kita bawa itu mencukupi untuk melayakkan diri menuju ke syurga Allah??
Atau mungkinkah kita langsung tidak dipandang oleh Allah dan terus dihantar ke neraka..
Muhasabah diri.. tanya diri kita sendiri apakah tujuan kita hidup didunia ini..
Tentunya tidak lain tidak bukan tujuannya adalah untuk beribadat kepada Allah.. Menyembah Allah yang satu.
Tolong-menolong antara satu sama lain untuk sama-sama mendapat redha dari Allah.

Tetapi kita sering lupa tentang tujuan kita dihidupkan didunia ini.. kita lupa bahawa kehidupan kita ini adalah satu nikmat yang indah tidak ternilai harganya yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya.. tetapi kenapa kita mudah lupa kepada Nya..
Kita ingkar pada perintahNya, kita amat payah menadah tangan sebagai tanda bersyukur padaNya, terlalu berat kepala ini untuk tunduk menyembah tuhan sekalian alam.. kenapa? Tanyalah kepada iman dan hati kerana disitulah terletaknya jawapan.




No comments:

Post a Comment