Tuesday 14 June 2011

Hati manusia itu berada dalam genggaman Allah.

Bila bercakap tentang hati dan perasaan sume org akn berkata ‘hati dan perasaan ni tak boleh nk paksa-paksa’,btl la tu sbb hati dan perasaan ni adalah hak masing-masing..ada yg suka itu tapi kita pula tak suka..kita suka ini tapi ada orang yang tak suka dgn pilihan kita..hidup ni mmg susah nk ramalkan..manusia diliputi oleh pelbagai perasaan ada sayang,benci,rindu,cinta dan sebagainya sehingga kita sendiri susah utk menafsirkannya..begitu rumitnya masalah ini sehingga kita sendiri tidak tahu utk membezakan samada airmata bahagia atau airmata duka..kerana manusia itu sendiri sentiasa bersembunyi dibalik airmuka supaya tidak diketahui apa yang tersimpan didalam lubuk hatinya.. tapi kadang-kadang ini juga adalah salah satu cara tuhan nk menguji hamba-Nya..diuji melalui hati dan perasaan..kebanyakkan orang tidak menyedarinya tetapi akan sedar jika berlaku sesuatu yang dia sendiri tidak terduga dan baru la ia sedar bahawa sekarang tuhan sedang mengujinya..ingin melihat setakat mana keteguhan imannya,ingin melihat sekuat mana kesabarannya..’ sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg ada didalam hati hamba-hambaNya.

Firman Allah :

“tidak diragukan lagi bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai kepada orang-orang yang sombong”. (surah An-nahl : )

Firman Allah :

“Ketahuilah sesungguhnya kepunyaan Allahlah apa yang di langit dan di bumi . sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada di dalamnya(sekarang) . dan (mengetahui pula) hati (manusia) dikembalikan kepada-Nya , lalu diterangkanNya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Dan Allah maha mengetahui segala sesuatu” . (surah An-nuur : 24:64)



wallahualam..wassalam..

No comments:

Post a Comment