Thursday, 13 September 2012

 Menangis merupakan satu kepuasan apabila saya berhadapan dengan sesuatu konflik yang melibatkan dengan orang lain..kadang-kadang saya tak boleh nak luahkan sesuatu ketidakpuasan terhadap sesorang itu bimbang takut dia pun terasa dengan luahan saya..dan apa yang saya perasan disini apabila saya meluahkan perasaan tentang ketidakpuasan hati ni mesti percakapan itu akan diiringi dengan airmata sekali..bukan nak tunjukkan kelemahan saya tetapi inilah kenyataannya..tak kira dengan siapa saya bercakap termasuk la dengan mak ayah saya sendiri..mungkin saya dilihat sebagai seorang yang "cengeng" tak kuat nak berhadapan dengan sesuatu krisis atau masalah..dan saya akui selepas menangis saya akan berasa lebih lega..lebih tenang..dan paling best sekali apabila menangis selepas solat,perasaannye masa tu subhanallah,hanya Allah saja yang tahu..saya rasa saya terlalu hampir dengan Allah..Allah maha mengetahui akan segalanya,Allah faham jiwa dan hati kita masa tu..kadang-kadang sampai tak boleh nk berkata apa-apa..yang hanya keluar adalah airmata..sujud lama-lama kepada Allah..mohon kekuatan daripadaNya sbb disitulah terletaknya sumber kekuatan diri ini..jangan lupa Allah..tak kira apa waktu sekali pun..inilah hikmahnya airmata untuk kita yang bergelar manusia dan hamba Allah..airmata boleh menjadi ubat yang paling mujarab untuk mengubat hati dan perasaan kita..wallahualam.



6 comments: