Tuesday 7 February 2012

Doaku.

Ya Allah,

Jika benar dia adalah jodohku yang telah Engkau tetapkan di luh mahfuz maka permudahkan segala urusan kami untuk bersama..

Jika benar dia adalah jodohku yang telah Engkau tetapkan di luh mahfuz maka Engkau buka serta lembutkanlah hati kedua ibu bapa kami untuk merestui hubungan kami ini, kerana dengan restu mereka maka aman dan tenteramlah kehidupan rumahtangga kami nanti...

Jika benar dia adalah jodohku yang telah Engkau tetapkan di luh mahfuz maka jadikan daku isterinya yang solehah dan taat pada setiap perintahnya, daku ingin menemaninya pada setiap saat dan waktu tidak kira samada susah atau senang.. kerana syurga bagi seorang isteri itu adalah disisi suaminya..

Jika benar dia adalah jodohku yang telah Engkau tetapkan di luh mahfuz maka anugerahkan kami peyambung generasi yang beriman, bertaqwa dan taat kepada ajaran Mu, didiklah hati mereka untuk mengenal Allah dan Rasulnya..

Jika benar dia adalah jodohku yang telah Engkau tetapkan di luh mahfuz maka kurniakanlah kebahagiaan serta kejayaan kepada rumahtangga yang akan kami bina ini didunia dan akhirat.. jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur diatas segala pemberian olehMu ya Allah..
Kami berserah segalanya kepada Mu, kerana Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hubungan kami ini..amin ya rabbal alamin.





No comments:

Post a Comment